Friday 20 May 2011

Buat Renungan Bersama.

Salam,

Pada khutbah jumaat pada 13 hb Mei lalu,Katib ada menceritakan satu kisah yang boleh dijadikan renungan kita bersama,kisahnya diantara Dua sahabat baik dan sahabat yang amat di minati oleh insan yang bernama manusia.Kisahnya berlaku apabila 2 sahabat ini berjumpa di satu tempat yang akan di satukan walau dari mana ia datang.Sahabat pertama bernama RM1 dan sahabat kedua bernama RM50.

Seperti biasa,bila dua sahabat yang lama tidak berjumpa,masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing selama mana mereka berdua terpisah.Si RM50 dengan angkuhnya menceritakan cerita-cerita yang amat menarik seperti selalu berada di tempat-tempat yang indah,dikelilingi oleh wanita-wanita yang cantik,hidup serba mewah.
Lalu si RM50 bertanya kepada RM1 yang dari tadi hanya menjadi pendengar yang mukanya masam mencuka.

RM50- Kenapa dengan kamu ni,sepanjang aku bercerita kau asyik
mendengar aje,seperti cerita aku ni tak menarik langsung?

RM1- Mana ada,aku sedang mendengarlah ni..menarik sungguh cerita kamu
tapi sebenarnya apabila kamu ceritakan tentang aktiviti harian kamu
aku terfikir sendiri..

RM50- Apa yang kamu fikirkan wahai sahabatku.

RM1- Aku fikirkan kenapa sahabat-sahabat mu yang lain jarang sekali aku
bertemu di tempatku.

RM50- Dimana tempatmu itu,wahai sahabat?

RM1- Tempat aku seperti biasa,seperti selalu-selalu sahabat ku yang lain
pergi,yang paling ramai pada hari jumaat,sahabat-sahabat ku
yang lain selalu berebut-rebut memasukinya.

RM50- Dimanakah tempat itu,meriah sungguh aku mendengarnya.Ingin
sekali kau turut serta dengan sahabat-sahabat mu itu.


RM1- Jikalau kamu dan sahabat-sahabat kamu berebut-rebut di gudang-
gudang,di hotel-hotel atau di pusat-pusat yang bertaraf 5
bintang,aku dan sahabat ku berebut-rebut memasuki TABUNG MASJID.
itu lah aktiviti kami pada setiap hari,kami amat seronok bila
dapat memasukinya..tetapi aku amat kecewa pada melihat kamu
dan rakan-rakan kamu yang jarang sekali memasukinya.

RM50 terkedu bila mendengar cerita yang di sampaikan oleh sahabatnya itu,jelas terpancar di wajahnya rasa kekesalan dan kekecewaan.

RM1- Sahabat,kamu jangan sedih,masih belum terlambat bagi kamu dan
sahabat kamu untuk turut serta dengan kami,pintu dan Tabung
Masjid belum lagi tertutup,ia sentiasa terbuka kepada kalian
semua.Datanglah...ajak lah sahabat-sahabat kamu semua kesana.

Para pembaca sekalian,renungan-renunglah kisah yang di paparkan ini.

No comments:

Post a Comment