Sunday 14 August 2011

Salam Ramadhan

Assalammulaikum..Pada 1hb Ogos 2011 bersamaan 01 Ramadhan 1432 seluruh umat islam di dunia menyambut bulan yang penuh keberkatan,bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam dunia.
Pelbagai program telah diatur dan disusun bagi menyemarakkan bulan yang penuh berkat ini.Masjid Putra SBJ turut bersama-sama meraikan bulan mulia ini dengan program seperti Solat Terawih,Majlis berbuka puasa bersama penduduk.
Pada 12hb Ogos (Jumaat)Majlis Sumbangan Zakat telah diadakan dengan kerjasama IKRAM Tumpat,Islamic Relief Malaysia dan Masjid Putra SBJ.Seramai lebih kurang



50 peserta yang layak menerima sumbangan tersebut telah hadir.Majlis telah berlangsung pada jam 6 petang diikuti dengan tazkirah dan majlis berbuka puasa seterusnya solat maghrib.

Sekitar Majlis Sumbangan Ramadhan.




No comments:

Post a Comment