Wednesday 26 December 2012

Assalamulaikum,Kepada semua pembaca blog Masjid Putra SBJ Pasir Pekan. Saya selaku penulis blog memohon maaf,kerana tidak sempat nak update blog ini.Walau apa pun,suka saya kongsikan beberapa program yang berlangsung di kariah Masjid SBJ putra pada tahun ini. Bertarikh 21-22 Disember 2012 lepas,Masjid Putra SBJ Pasir Pekan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetanggga (KRT),Persatuan Taman SBJ Putra dan Pertubuhan IKRAM Tumpat,sempat menganjurkan satu kem bagi penutup program pada tahun ini.Kem yang di kenali dengan "Kem Remaja Soleh"telah di adakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.Kem Remaja Soleh ini telah menarik kehadiran perserta seramai lebih kurang 100 orang remaja yang berumur antara 10 tahun -17 tahun. Bagi menyuntik semangat kepada remaja,pihak Masjid telah menjemput tetamu khas iaitu adik Thaqif Adib Bin Mohd Azhar,Johan Qari Remaja Peringkat Kebangsaan dan Naib Johan Qari Remaja Peringkat Asia Tenggara sebagai ikon, dengan harapan agar remaja kita sekarang sukakan Al-Quran dan mendekati Masjid. Dibawah ini antara paparan program tersebut.

Tuesday 25 September 2012

LENSA Majlis Aidilfitri 2012

Semangat gotong royong
Assalammualaikum, Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.1433HJ Apabila menjelang bulan Rabiulaawal dalam kaledar Islam,seluruh masyarakat Islam tak kira di bandar atau di desa akan menyambut kedatangan bulan ini dengan mengadakan pelbagai acara diantaranya ada dikalangan kita mengadakan perarakan beramai-ramai,solat hajat,berzanji,marhaban,berselawat dan ceramah. Semua yang di lakukan oleh masyarakat kita tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyatakan bertapa kita semua kasih,sayang dan menjunjung tinggi martabat Rasullullah S.A.W yang amat kita kasihi.Rasullullah S.A.W adalah rules model,ikon yang patut kita ikuti. Masjid Taman SBJ Putra juga tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan tersebut.Sambutan yang diberikan oleh penduduk islam amat-amat mengalakkan.Selain mengadakan solat hajat dan berselawat,pihak masjid juga telah menjemput beberapa penceramah bagi menambah semangat kecintaan umat kepada Junjungan Besar Rasullullah S.A.W.

Sunday 23 September 2012

Sambutan Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri. Tanggal 21 Sept 2012,Pada hari Jumaat,bermula jam 3.00 petang.Masjid Taman SBJ Putra dengan anjuran bersama Persatuan Taman Desa SBJ Putra,KTR/SRS,Persatuan Wanita,IKRAM,Klinik Perdana SBJ,Persatuan Taman Kota Ville dan Persatuan Khairat,telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Taman SBJ Putra. Walaupun bulan Syawal telah berlalu,namun sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap di teruskan.Kira-kira 2,000 pengunjung dari pelbagai kaum memeriahkan sambutan tersebut.Majlis yang berlangsung di perkarangan Masjid Taman SBJ Putra itu turut di hadiri oleh tetamu Terhormat iaitu Datuk Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob,ADUN Wakaf Bharu Che Abdullah Mat Nawi turut hadir. Acara tahunan ini adalah idea dari Pengerusi Taman SBJ Putra Hj Mohd Nawawi Hj Adam dan Imam Masjid SBJ Putra merangkap Pengerusi Masjid,Ustaz Abd Rashid Abd Lateh.Menurut Tuan Pengerusi,acara seperti ini akan dimasukkan kedalam kalendar Acara Tahunan Taman SBJ Putra.Beliau juga mengalu-alukan agar acara-acara besar lain turut di adakan bagi mengeratkan silaturahim penduduk Taman dan kawasan sekitarnya. Bagi memeriahkan lagi acara ini,pihak penganjur dengan senang hati telah memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bagi menceriakan lagi majlis tersebut. Disini diantara paparan acara tersebut.
Semoga tahun depan acara seperti ini dapat diteruskan lagi.