Saturday 27 August 2011

SALAM AIDILFITRI DARI MASJID PUTRA SBJ PASIR PEKAN.


Salam,

Saya mewakili Pengerusi dan AJK Masjid Putra SBJ Pasir Pekan,ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat terutama di bawah kariah Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.
Pertama sekali,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah sudi menderma,serta menyokong aktiviti yang pihak masjid jalankan.

Pihak Kami juga memohon maaf jikalau terdapat kesalahan dari segi tutur kata yang di sedari atau tidak sepanjang saudara dan saudari menghadiri aktiviti atau majlis ilmu yang pihak Masjid jalankan.

Akhir kata,Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.Semoga apa yang kita perolehi sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Aidilfitri ini dapat mendekati lagi kita kepada Maha Pencipta.Amin.

No comments:

Post a Comment