Wednesday 7 September 2011

Bulan Ramadhan Yang Berlalu.

Salam.
Hari ini sudah 10 syawal bermakna sudah 10 hari bulan Ramadhan telah pergi meninggalkan kita semua bagi tahun 1432H.Apakah hasil yang kita dapat dalam sebulan bulan ramadhan? Apakah hanya lapar dan dahaga sahaja atauuu???
Bagi mereka yang telah pergi menunaikan Haji sudah pasti inginkan Haji mereka diterima oleh Allah SWT dan mengidamkan Haji Mabrur.Begitu juga dengan puasa sebulan di bulan Ramadhan,sudah pasti kita inginkan puasa kita di terima olehNya.Tetapi apakah pengajaran yang kita dapat daripadanya? Bagi mereka yang berfikir, banyak pengajaran dan iktibar dapat diperolehi dari bulan penuh berkat itu,pengajaran dan iktibar yang dapat membimbing kita ke jalan yang lebih sempurna untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Tetapi apa yang amat menyedihkan kita pada hari ini,ramai dikalangan kita hanya menjadi Hamba Ramadhan.Hamba yang mana hanya pada bulan Ramadhan saja,mereka kuat beribadat,selalu pergi menunaikan ibadat 5 waktu secara berjemaah,jaga tingkahlaku,jaga patah perkataan,selalu menderma dan banyak lagi amalan-amalan yang elok dilakukan pada bulan berkenaan..tetapi bila habis sahaja bulan Ramadhan,kehidupan,tingkahlaku kembali seperti biasa,apakah hanya pada bulan Ramadhan saja kita harus patut pada yang Maha Esa? Kenapa tidak amalan yang kita lakukan pada bulan puasa tidak di teruskan pada bulan-bulan yang lain.Ini lah yang selalu di nyatakan oleh Iman kita yang kita kasihi Ustaz Rahsid,Beliau selalu menyeru kita agar Jangan jadi Hamba Ramadhan,Jadilah Hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Walau apapun tahniah kepada mereka yang meneruskan amalan-amalan yang di tuntut oleh agama,semoga apa yang anda lakukan akan diberi pahala olehNya.Semoga dengan apa yang dipaparkan di sini dapat memberi kesedaran kepada saya dan anda semua dan semoga Allah mengampunkan dosa kita dan menerima puasa dan amalan yang telah kita lakukan.amin.Sesungguhnya amalan yang baik akan di balas baik jua.Sekian.

No comments:

Post a Comment