Tuesday 20 September 2011

Sekitar Sambutan Hari Raya Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pada 16hb September 2011,Pihak Masjid Putra SBJ,Taman SBJ Putra,IKRAM,Khairat,Rukun Tetangga dan Biro Wanita Taman SBJ Putra telah mengadakan Majlis Hari Raya dan Sambutan Hari Malaysia yang bertempat di perkarangan Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.Dengan kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum,telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.Dianggarkan lebih seribu lima ratus tetamu telah hadir dan majlis bertambah meriah dengan kehadiran tetamu VIP yang sudi menghadirkan diri pada majlis tersebut.Pada hari tersebut kanak-kanak begitu gembira apabila masing-masing mendapat duit raya yang disumbangkan oleh Pengerusi Taman Putra SBJ.

Dikesempatan ini Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara saudari yang sudi hadir bagi menjayakan majlis pada hari berkenaan dan pihak penganjur juga memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan semasa majlis tersebut berlangsung.



Insyallah jikalau di izinkan Allah,pihak penganjur akan meneruskan lagi program yang berbentuk kemasyarakatan ini pada masa akan datang.
Dari maklumbalas para tetamu yang hadir,ramai dikalangan mereka menyokong agar majlis seperti ini diteruskan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk setempat dan menjalin kerjasama di kalangan penduduk.

Akhir kata,pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan puan yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Taman SBj Putra Pasir pekan.Sekian

No comments:

Post a Comment