Friday 20 May 2011

Buat Renungan Bersama.

Salam,

Pada khutbah jumaat pada 13 hb Mei lalu,Katib ada menceritakan satu kisah yang boleh dijadikan renungan kita bersama,kisahnya diantara Dua sahabat baik dan sahabat yang amat di minati oleh insan yang bernama manusia.Kisahnya berlaku apabila 2 sahabat ini berjumpa di satu tempat yang akan di satukan walau dari mana ia datang.Sahabat pertama bernama RM1 dan sahabat kedua bernama RM50.

Seperti biasa,bila dua sahabat yang lama tidak berjumpa,masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing selama mana mereka berdua terpisah.Si RM50 dengan angkuhnya menceritakan cerita-cerita yang amat menarik seperti selalu berada di tempat-tempat yang indah,dikelilingi oleh wanita-wanita yang cantik,hidup serba mewah.
Lalu si RM50 bertanya kepada RM1 yang dari tadi hanya menjadi pendengar yang mukanya masam mencuka.

RM50- Kenapa dengan kamu ni,sepanjang aku bercerita kau asyik
mendengar aje,seperti cerita aku ni tak menarik langsung?

RM1- Mana ada,aku sedang mendengarlah ni..menarik sungguh cerita kamu
tapi sebenarnya apabila kamu ceritakan tentang aktiviti harian kamu
aku terfikir sendiri..

RM50- Apa yang kamu fikirkan wahai sahabatku.

RM1- Aku fikirkan kenapa sahabat-sahabat mu yang lain jarang sekali aku
bertemu di tempatku.

RM50- Dimana tempatmu itu,wahai sahabat?

RM1- Tempat aku seperti biasa,seperti selalu-selalu sahabat ku yang lain
pergi,yang paling ramai pada hari jumaat,sahabat-sahabat ku
yang lain selalu berebut-rebut memasukinya.

RM50- Dimanakah tempat itu,meriah sungguh aku mendengarnya.Ingin
sekali kau turut serta dengan sahabat-sahabat mu itu.


RM1- Jikalau kamu dan sahabat-sahabat kamu berebut-rebut di gudang-
gudang,di hotel-hotel atau di pusat-pusat yang bertaraf 5
bintang,aku dan sahabat ku berebut-rebut memasuki TABUNG MASJID.
itu lah aktiviti kami pada setiap hari,kami amat seronok bila
dapat memasukinya..tetapi aku amat kecewa pada melihat kamu
dan rakan-rakan kamu yang jarang sekali memasukinya.

RM50 terkedu bila mendengar cerita yang di sampaikan oleh sahabatnya itu,jelas terpancar di wajahnya rasa kekesalan dan kekecewaan.

RM1- Sahabat,kamu jangan sedih,masih belum terlambat bagi kamu dan
sahabat kamu untuk turut serta dengan kami,pintu dan Tabung
Masjid belum lagi tertutup,ia sentiasa terbuka kepada kalian
semua.Datanglah...ajak lah sahabat-sahabat kamu semua kesana.

Para pembaca sekalian,renungan-renunglah kisah yang di paparkan ini.

Monday 9 May 2011

Kisah Renungan Bersama : Derma RM 1

Fadhil keluar rumah dari awal pagi untuk mencari pekerjaan bagi menampung keluarganya. Masih terngiang-ngiang di telinganya, suara anak kecilnya yang menangis kelaparan. Hati Fadhil begitu sayu meninggalkan isteri dan anaknya dalam keadaan sudah tiga hari tak makan, hanya meminum air paip sahaja.


Fadhil tak ada kerja tetap, dia seorang buruh kasar, namun syarikatnya yang terlibat dalam kes penipuan telah bankrap, menyebabkan dia kini tak ada kerja. Wang pampasan pun tidak diterimanya. Yang ada hanya RM 1 ditangan untuk sebarang keperluan semasa dia mencari pekerjaan ini, itupun duit yang ditemuinya diatas jalan tadi.


Puas sepanjang hari, Fadhil berjalan kesana kemari mencari pekerjaan namun tetap tak diterima. Dia terduduk dan menangis mengenangkan nasibnya itu, hanya air paip di jalan mengalas lapar perutnya itu, dia terkenang akan isteri dan anaknya yang juga kelaparan di rumah.


Air matanya mengalir deras, tak ada seorang pun manusia yang peduli akan nasib seorang lelaki yang sedang meratapi keadaan diri di pinggir jalan.


Tiba-tiba, bahunya dicuit seseorang. Dia mendongak. Seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5
tahun sedang memandangnya dengan muka penuh kesedihan, Fadhil teringat anaknya yang seumur dengan kanak-kanak kecil ini.


“Kenapa nak?”


“Pak cik, saya lapar.”


Tersentak Fadhil mendengarnya, bagaimana dia hendak membantu kanak-kanak ini, sedangkan dia sendiri tidak mempunyai apa-apa?


Dia teringat akan wang RM 1 yang dimilikinya itu. Fadhil serba salah, hendak diberinya, dia takut kerana itulah satu-satunya duit yang dia ada sekarang.


Tapi melihat kanak-kanak yang masih kecil dan penuh debu debu jalan serta pakaian yang compang camping tidak terurus, dia merasa kasihan. Lalu dengan penuh keikhlasan, Fadhil memberikan wang tersebut sambil berdoa dalam hati agar kanak-kanak tadi dilindungi dan dijaga dari segala malapetaka.


Gadis tadi tersenyum manis walaupun hanya menerima RM 1 dari Fadhil, dia menyapu mukanya dan berkata lembut,


“Terima kasih pak cik, pak cik baik. Jangan risau. Pak cik akan dapat balik duit ni nanti lepas pak cik sampai rumah.”


Selesai berkata begitu, gadis kecil itu menghilang di dalam orang ramai yang sedang lalu lalang.


Fadhil bingung memikirkan kata-kata gadis tadi. Apakah maknanya? Fadhil meneruskan juga perjalanannya untuk mencari pekerjaan.


Hari semakin senja dan sebentar lagi akan malam, namun usahanya hari ini masih menemui jalan buntu seperti hari-hari sudah.


Dengan langkah lemah, Fadhil memutuskan untuk kembali ke rumahnya. Dia mengenangkan yang nasibnya sungguh malang, jiran-jiran semua tak mahu memberikan apa-apa padanya, walau sebutir beras sekalipun.


Terfikir juga di hati kecil Fadhil untuk merompak, tetapi segera dia teringat akan dosa yang sangat besar itu, segera dia menyesal dan berdoa kerana sempat berfikiran seperti itu.


Sudah masuk pukul 8 malam, ketika Fadhil sampai di depan rumah usang yang didiami bersama isteri dan anaknya itu. Suasana agak berlainan kerana ada tiga buah kereta mewah betul betul diletakkan di depan rumahnya. Fadhil menjadi cemas, risau kalau ada apa-apa yang buruk berlaku.


Dia meluru masuk ke dalam, dia melihat ada beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berbual bersama isteri dan anaknya. Banyak makanan, barang keperluan dapur, pakaian yang ada disamping isterinya.


Fadhil memberi salam dan masuk dalam keadaan terhairan-hairanan.


Isterinya menjelaskan yang mereka ini adalah keluarga seorang perempuan yang disamun beberapa tahun lalu, Fadhil lah yang mengecam wajah-wajah suspek terlibat sehingga kes tersebut dapat diselesaikan. Bagaimanapun mereka gagal menjejaki Fadhil ketika itu untuk mengucapkan terima kasih mereka kerana menolong mereka, Fadhil pun tidak mengharapkan apa-apa ketika itu kerana dia merasakan yang dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja.


Mereka menawarkan kepada Fadhil RM 1 000, 000.00 untuk memulakan hidup baru dan membuka bisnes sendiri. Fadhil menolak dengan baik kerana tidak mahu termakan budi, namun mereka tetap mahukan Fadhil menerimanya. Fadhil bersetuju asalkan setelah berjaya nanti, dia akan membayar RM sejuta itu pada mereka, dan sekarang mereka hanya meminjamkan sahaja wang itu pada Fadhil. Mereka bersetuju dengan usul Fadhil.


Akhirnya selepas 5 tahun bekerja keras, Fadhil kini menjadi salah seorang usahawan tempatan yang berjaya dan hidup mewah. Bagaimanapun dia tetap tidak lupa akan orang yang susah dan sering membantu mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka.


Kini, Datuk Fadhil dan keluarganya hidup dalam penuh kebahagiaan, kedamaian dan rezeki yang melimpah ruah. Baginya, gadis kecil yang datang padanya itu bukan gadis kecil sembarangan. Kerana derma seringgit, dia mendapat balasan sejuta ringgit…bayangkan sejuta kali ganda balasan untuk seringgit derma yang ikhlas.


Begitulah coretan dari kisah benar yang terjadi dalam hidup Datuk Fadhil Allyas dan kini anda pula yang membaca kisah ini. Renungkan dalam-dalam, apa pengajaran yang anda dapat?

Saturday 7 May 2011

Program Membina Generasi Solat

Kami di Masjid Putra SBJ,telah mengadakan satu program khas kepada kanak-kanak dan remaja bagi penduduk Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan dan kawasan yang berhampiran, yang dikenali dengan nama Membina Generasi Solat ataupun MGS.
Pihak masjid dengan kerjasama Rukuntetangga telah menjalankan program ini setiap hari Sabtu bermula 2.30 ptg sehingga 4.15 ptg atau lebih tepat lagi sehingga masuk waktu solat Asar dan setakat hari ini sudah 14 minggu program tersebut telah dijalankan.
Sambutan daripada ibubapa dan penduduk setempat amatlah mengalakkan,ini terbukti dengan kehadiran kanak-kanak dan remaja yang didalam program MGS yang mencecah 100 orang pada setiap kali program berlangsung.





Sejuk rasa di hati bila melihat kesungguhan anak-anak tekun mendengar ulasan dan panduan cara mengerjakan solat dengan betul,bacaan,niat, adab dan pelbagai lagi, yang di ajar oleh Iman Masjid Putra SBJ.Kami amat berterima kasih kepada ustaz-ustaz yang sanggup menluangkan masa dan ilmu untuk mengajar anak-anak kami segala ilmu yang wajip dituntut ini.
Harapan kami semoga program ini akan menjadi titik tolak kepada keazaman,kecintaan dan kemanisan anak-anak kita didalam kewajipan mengerjakan sembahyang lima waktu ini.

Sekitar Majlis Jamuan pada 6hb Mei 2011

Syukur kepada yang Maha Esa di atas kesempurnaan majlis jamuan makan sambil menderma yang berlangsung pada 6hb Mei 2011 lepas.
Berkat kerjasama dari semua yang terlibat, majlis pada hari tersebut dapat dijalankan dalam suasana yang amat sempurna.Terima kasih tak terhingga kepada muslimin dan muslimat yang hadir dan sudi menderma kepada masjid pada hari tersebut,semoga derma



anda di berkati oleh Allah,dan semoga Allah akan melimpat gandakan lagi rezeki anda semua .Insyallah.

Monday 2 May 2011

Ahli Jawatankuasa Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.

Penasihat : En Nawawi Hj Adam (019-981 5332)
Pengerusi : Ustaz Abd Rashid Abd Lateh (013-253 1918)
Bendahari : En Uzi Bin Mat Zin (019-393 0169)
AJK : Hj Mohd Syukri Yaacob (019-215 6014)
: Hj Mohd Hanafi Majid (012-988 7489)
: En Othman Ali (017-911 1174)

Sunday 1 May 2011

Masjid Putra,Taman SBJ Putra Pasir Pekan.Kelantan


JAWATANKUASA MASJID PUTRA,TAMAN DESA SBJ PUTRA,PASIR PEKAN,KELANTAN.

Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke MAJLIS JAMUAN MAKAN Sambil Menderma untuk Tabung Pembinaan Masjid (Tambahan bahagian Hadapan)
Pada : 06 Mei 2011 /02 j.Akhir 1432H
Hari : Jumaat
Masa : 12.00 tgh-5.00 ptg
Tempat : Perkarangan Masjid Putra Taman SBJ Putra Pasir Pekan.Kelantan

Semoga dengan kehadiran YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati ALLAH.

TABUNG PEMBANGUNAN MASJID PUTRA
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
03018010111690.