Tuesday 20 September 2011

Sekitar Sambutan Hari Raya Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pada 16hb September 2011,Pihak Masjid Putra SBJ,Taman SBJ Putra,IKRAM,Khairat,Rukun Tetangga dan Biro Wanita Taman SBJ Putra telah mengadakan Majlis Hari Raya dan Sambutan Hari Malaysia yang bertempat di perkarangan Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.Dengan kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum,telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.Dianggarkan lebih seribu lima ratus tetamu telah hadir dan majlis bertambah meriah dengan kehadiran tetamu VIP yang sudi menghadirkan diri pada majlis tersebut.Pada hari tersebut kanak-kanak begitu gembira apabila masing-masing mendapat duit raya yang disumbangkan oleh Pengerusi Taman Putra SBJ.

Dikesempatan ini Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara saudari yang sudi hadir bagi menjayakan majlis pada hari berkenaan dan pihak penganjur juga memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan semasa majlis tersebut berlangsung.



Insyallah jikalau di izinkan Allah,pihak penganjur akan meneruskan lagi program yang berbentuk kemasyarakatan ini pada masa akan datang.
Dari maklumbalas para tetamu yang hadir,ramai dikalangan mereka menyokong agar majlis seperti ini diteruskan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk setempat dan menjalin kerjasama di kalangan penduduk.

Akhir kata,pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan puan yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Taman SBj Putra Pasir pekan.Sekian

Friday 9 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Taman SBJ.

Salam,
Kepada semua yang kenalan,tak kira di mana berada,saya mewakili Pengerusi Taman SBJ Putra Pasir Pekan,ingin menjemput dan mempersilakan Dato,Datin,Tuan,Puan,Muslimin,Muslimat,adik kakak,samada di bawah kariah Taman SBJ Putra ataupun tidak hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada :
Tarikh : 16 September 2011
Tempat : Perkarangan Masjid Putra SBJ Pasir Pekan
Masa : 3.30 ptg sehingga 6.00 ptg

Semoga dengan kehadiran kalian semua dapat memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian.

Wednesday 7 September 2011

Bulan Ramadhan Yang Berlalu.

Salam.
Hari ini sudah 10 syawal bermakna sudah 10 hari bulan Ramadhan telah pergi meninggalkan kita semua bagi tahun 1432H.Apakah hasil yang kita dapat dalam sebulan bulan ramadhan? Apakah hanya lapar dan dahaga sahaja atauuu???
Bagi mereka yang telah pergi menunaikan Haji sudah pasti inginkan Haji mereka diterima oleh Allah SWT dan mengidamkan Haji Mabrur.Begitu juga dengan puasa sebulan di bulan Ramadhan,sudah pasti kita inginkan puasa kita di terima olehNya.Tetapi apakah pengajaran yang kita dapat daripadanya? Bagi mereka yang berfikir, banyak pengajaran dan iktibar dapat diperolehi dari bulan penuh berkat itu,pengajaran dan iktibar yang dapat membimbing kita ke jalan yang lebih sempurna untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Tetapi apa yang amat menyedihkan kita pada hari ini,ramai dikalangan kita hanya menjadi Hamba Ramadhan.Hamba yang mana hanya pada bulan Ramadhan saja,mereka kuat beribadat,selalu pergi menunaikan ibadat 5 waktu secara berjemaah,jaga tingkahlaku,jaga patah perkataan,selalu menderma dan banyak lagi amalan-amalan yang elok dilakukan pada bulan berkenaan..tetapi bila habis sahaja bulan Ramadhan,kehidupan,tingkahlaku kembali seperti biasa,apakah hanya pada bulan Ramadhan saja kita harus patut pada yang Maha Esa? Kenapa tidak amalan yang kita lakukan pada bulan puasa tidak di teruskan pada bulan-bulan yang lain.Ini lah yang selalu di nyatakan oleh Iman kita yang kita kasihi Ustaz Rahsid,Beliau selalu menyeru kita agar Jangan jadi Hamba Ramadhan,Jadilah Hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Walau apapun tahniah kepada mereka yang meneruskan amalan-amalan yang di tuntut oleh agama,semoga apa yang anda lakukan akan diberi pahala olehNya.Semoga dengan apa yang dipaparkan di sini dapat memberi kesedaran kepada saya dan anda semua dan semoga Allah mengampunkan dosa kita dan menerima puasa dan amalan yang telah kita lakukan.amin.Sesungguhnya amalan yang baik akan di balas baik jua.Sekian.