Saturday 24 December 2011

Program Masyarakat Dan Masjid

Masjid Putra SBJ Pasir Pekan.23 Disember 2011.Bermula pada jam 8.00 pagi semua warga Taman SBJ Putra Pasir Pekan,keluar bersama keluarga masing-masing berkumpul di tali air Taman SBJ bagi menyertai pertandingan Memancing.Pada tahun ini Acara tahunan ini telah mendapat sambutan paling ramai berbanding pada tahun sebelumnya.Dengan Menggunakan joran dari dahan pokok Salak,sebanyak 100 batang joran habis di jual hanya dalam 10minit sahaja.Setiap peserta di kenakan yuran sebanyak RM1.00,setiap seorang akan mendapat sebatang joran,air dan roti. Program dengan kerjasama PEMADAM,Persatuan Penduduk Taman SBJ,Rukun Tetangga,IKRAM Tumpat dan Halaqah Tumpat,turut di sertai oleh Polis,Farmasi dan Jabatan Kesihatan Tumpat telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh para pengunjung.
Para peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan sebelum pertandingan memancing di mulakan.
Antara Pameran yang di pamerkan pada petang tersebut.
Pemeriksaan kesihatan turut diadakan oleh pihak Farmasi.
Antara acara yang di adakan.
Bagi meringankan beban ibubapa pada persekolahan yang akan dibuka,Dato Kamaruddin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat,telah sudi menghulurkan sumbangan berbentuk bag sekolah kepada penduduk Taman SBJ Putra Pasir Pekan.
Bicara Wanita Bersama Dr Hafizah Mustakim
Pertandingan mewarna
Acara sebelah petang.Pertandingan Futsal anjuran IKRAM Tumpat.
Forum Perdana "Memahami dan Menangani Gejala Sosial" bersama Ust Saibon Hj Ismail dan Wakil PEMADAM.
Acara kemuncak Penyampaian Hadiah pada pemenang dan cabutan bertuah.

No comments:

Post a Comment